Untuk pencarian korang tentang emo

Monday 12 October 2009

Apa itu emO?

Perkataan emo digunakan secara menyeluruh dalam pelbagai budaya dan ia adalah singkatan bagi perkataan emotional atau dalam bahasa melayunya ialah beremosi. Apabila mengatakan seseorang itu jenis emo, secara tradisinya dia dianggap sensitive atau terlalu emosi tentang sesuatu. Emo tidak dikaitkan hanya dengan attitude(perangai, atau sikap, atau watak), tapi juga adalah satu trend fashion yang berpunca dari muzik bergenre emocore. Emocore adalah kombinasi/gabungan diantara muzik hardcore dan punk yang sgt popular di Washington DC pada lewat 80’an. Ia juga adalah sub-genre muzik punk yang telah berkembang menjadi lebih popular dari muzik punk itu sendiri. Acapkali band-band muzik emo ditubuhkan sehingga tidak terkira ramainya kumpulan muzik tersebut. Budaya emo diteruskan dan berkembang diantara tahun 1990 dan 2000 sehingga mencapai kemuncak popularitinya kini. Walaubagaimanapun, emo lebih mudah dan selalu digambarkan sebagai satu trend fesyen muda-mudi zaman kini.

xoxo & lots of <3
.cHeRry BerRy LolLypOp.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.